Kemeja Hawaii

Kemeja Hawaii atau kemeja aloha (Hawaii: palaka aloha, bahasa Inggeris: Hawaiian shirt atau aloha shirt) adalah kemeja berkolar longgar (tidak kaku) dengan corak kain bermotif alam tropika (nanas, bunga dan tumbuhan) dan warna-warna cerah; kemeja sebegini dapat dihasilkan daripada kain sutera, kapas, rayon atau poliester.

Pakaian ini dikembangkan masyarakat Jepun yang menduduki kepulauan Hawaii menggunakan semula barangan kain membuat kimono. Sejak pertengahan tahun 1930-an, kemeja ini mula dikenal di resort-resort yang ada di sana di mana para tetamu yang mengunjung membeli ia untuk dikenakan sewaktu menginap di Hawaii atau dibawa pulang sebagai cendera mata.