Kematian Eric Garner
| Tarikh | 17 Julai 2014 |
|---|---|
| Masa | 4:45 p.m. (EST) |
| Lokasi | 202 Bay Street, Tompkinsville, Staten Island, New York City, New York, U.S. |
| Penyebab | Compression of the neck |
| Pelapor pertama | NY Daily News |
| Dirakam oleh | Ramsey Orta |
| Hadirin | NYPD officers Justin Damico & Daniel Pantaleo |
| Kematian | 1 |
Kematian Eric Garner (43 tahun) terjadi pada 17 Julai 2014, di Staten Island, New York, Amerika Serikat selepas pihak polis AS menangkapnya.
Garner ialah seorang remaja Amerika Afrika telah ditangkap kerana menjual rokok seludup. Seorang anggota polis cuba menangkap Garner dan tercetus perkelahian yang membawa unit tambahan polis ke TKP. Dia ditangkap oleh polis bernama Justin Damico dan Daniel Pantaleo menggunakan chokehold .Rakaman video menjadi bukti kekasaran tersebut hingga kepada kematian Garner.Pada 1 Ogos 2014, pemeriksa medis menyimpulkan chokehold dan kompresi dada sebagai penyebab utama kematian Garner dan masalah jantung dan asma sebagai faktor tambahan.
Anggota polis Justin Damico dan Daniel Pantaleo dilarang menggunakan senjata api, lencana polis dirampas dan ditugaskan di pejabat sahaja. Insiden itu mencetuskan demonstrasi dan rusuhan rakyat berkulit hitam . Datuk Bandar New York City Bill de Blasio mengadakan pertemuan dengan pegawai polis, ahli politik pada 1 Ogos agar keharmonian dan kepercayaan dikembalikan.