Kemangkatan dan pemakaman negara Elizabeth II

Kemangkatan dan pemakaman negara Elizabeth II
Dari atas ke bawah, kiri ke kanan:
  1. Orang ramai berkumpul di luar Istana Buckingham selepas Elizabeth II mangkat
  2. Ratusan ribu bunga ditinggalkan di luar Estet Sandringham
  3. Imej Ratu pada eskalator di stesen Tottenham Court Road
  4. Perarakan meninggalkan Westminster Abbey selepas pemakaman negara
  5. Notis kemangkatan Ratu di hadapan pintu pagar Istana Holyrood
  6. Keranda Elizabeth II diletakkan di Dewan Westminster untuk penghormatan terakhir
Tarikh
  • 08 September 2022 (2022-09-08), 15:10 (BST)
  • (kemangkatan)
  • 12 September 2022 (2022-09-12)
  • (upacara kesyukuran Scotland)
  • 19 September 2022 (2022-09-19)
  • (pemakaman negara dan penguburan)
Lokasi
Koordinat57°2′27″N 3°13′48″W / 57.04083°N 3.23000°W / 57.04083; -3.23000
PenyebabUsia tua

Pada 8 September 2022, pada 15:10 BST, Elizabeth II, Ratu United Kingdom dan alam Komanwel yang lain, serta raja British yang paling lama memerintah, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Aberdeenshire, Scotland. Kemangkatan Ratu diumumkan secara terbuka pada 18:30 BST. Baginda digantikan oleh putera sulungnya, Charles III.

Kemangkatan Ratu mengaktifkan Operasi London Bridge, satu koleksi rancangan termasuk pengaturan untuk pemakanannya, termasuk Operasi Unicorn, yang menetapkan protokol untuk kemangkatan Ratu yang berlaku di Scotland. United Kingdom menetapkan tempoh berkabung negara selama 10 hari. Keranda Ratu diletakkan di Dewan Westminster dari 14 hingga 19 September bagi orang ramai memberi penghormatan terakhir. Dianggarkan sebanyak 250,000 orang telah beratur untuk memberi penghormatan.

Istiadat pemakaman negara telah diadakan di Westminster Abbey pada 19 September, diikuti dengan upacara komital di Gereja Kecil St George di Istana Windsor. Ratu telah disemadikan di Gereja Kecil Peringatan Raja George VI di Gereja Kecil St George. Istiadat pemakaman negara Ratu merupakan cuti umum di UK dan beberapa negeri Komanwel. Istiadat pemakaman itu juga merupakan salah satu majlis istimewa yang paling banyak ditonton di United Kingdom, mengatasi majlis perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton, majlis diraja yang paling banyak ditonton pada abad ke-21 sebelum ini.