Kem penghapusan Treblinka

Treblinka
Kem penghapusan
Blok konkrit yang menandakan laluan bekas cabang jalan kereta api di Treblinka
Lokasi Treblinka dalam Poland
Kem penghapusan Treblinka (Eropah Tengah)
Koordinat52°37′52″N 22°03′11″E / 52.63111°N 22.05306°E / 52.63111; 22.05306
Terkenal keranaPembasmian kaum semasa Holokus
LokasiBerdekatan Treblinka, General Government (Poland yang diduduki Jerman)
Dibina oleh
  • Richard Thomalla (kem maut)
  • Erwin Lambert (kebuk gas)
  • Christian Wirth
  • Syarikat Schönbronn, Leipzig
  • Schmidt–Münstermann, cawangan Warsaw
DikendalikanSS-Totenkopfverbände
Komandan
  • Irmfried Eberl (11 Julai 1942 – 26 Ogos 1942)
  • Franz Stangl (1 September 1942 – Ogos 1943)
  • Kurt Franz (Ogos 1943 – November 1943)
Kegunaan asalKem penghapusan
Mula dibinaApril 1942 – Julai 1942
Operasi23 Julai 1942 – Oktober 1943 (Oktober 1943)
Bilangan bilik gas6
BanduanOrang Yahudi, kebanyakannya orang Poland
Jumlah banduanAnggaran 1,000
DibunuhAnggarab 700,000–900,000
Dibebaskan olehDitutup pada akhir 1943
Banduan terkenal
  • Richard Glazar
  • Artur Gold
  • Janusz Korczak
  • Chil Rajchman
  • Jankiel Wiernik
  • Samuel Willenberg
Buku terkenal
  • A Year in Treblinka
  • Into That Darkness
  • Old and New Memories
  • Revolt in Treblinka
  • Trap with a Green Fence
  • The Last Jew of Treblinka

Templat:The Holocaust sidebar Treblinka (disebut [trɛˈblʲinka]) merupakan kem penghapusan yang dibina dan dikendalikan oleh Jerman Nazi di Poland yang diduduki semasa Perang Dunia II. Ia terletak di hutan timur laut Warsaw, 4 km (2.5 bt) selatan kampung Treblinka yang sekarang di Wilayah Masovian. Kem tersebut dikendalikan antara 23 Julai 1942 dan 19 Oktober 1943 yang sebahagian daripada Operasi Reinhard, fasa Penyelesaian Terakhir yang paling membawa maut. Pada masa itu, dianggarkan antara 700,000 dan 900,000 orang Yahudi dibunuh di dalam kebuk gasnya, bersama dengan 2,000 orang Romani. Lebih ramai orang Yahudi dibunuh di Treblinka daripada di mana-mana kem penghapusan Nazi yang lain selain daripada Auschwitz-Birkenau.