Kem Tahanan Kamunting
Kem Tahanan Kamunting terletak di bandar Kamunting, Taiping, Negeri Perak, Malaysia. Ia dibina pada 1969.
Kem ini menempatkan semua tahanan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). Tahanan ISA biasanya ditahan selama dua minggu atau 6 bulan. Seterusnya jika masih membahayakan negara, mereka akan ditahan selama 2 tahun dan boleh dilanjutkan lagi tempoh tersebut.
Tahanan ISA merupakan penahanan seseorang tanpa perbicaraan di mahkamah di Malaysia. Mereka disyaki oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melakukan sesuatu aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara. Akan tetapi pihak yang ditahan tidak mengetahui apa kesalahan yang dilakukan kerana tiada pertuduhan dilakukan. Lantaran itu prosiding untuk membela diri tidak dapat dilakukan. Hal ini amat bertentang sama sekali dengan hak asasi manusia dan ajaran Al-Quran itu sendiri.