Kelli Berglund
Kelli Berglund | |
|---|---|
Berglund di majlis tayangan perdana Captain America: Civil War pada 2016 | |
| Kelahiran | 9 Februari 1996 Moorpark, California, A.S. |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2006–kini |
Kelli Berglund (lahir 9 Februari 1996) ialah pelakon, model, dan penyanyi wanita Amerika Syarikat. Namanya mula dikenali secara meluas sewaktu menjayakan watak sebagai Bree Davenport, sebuah siri filem drama biopik remaja Disney XD bertajuk Lab Rats, dan Lab Rats: Elite Force. Pada tahun 2014 beliau membintangi filem Disney Channel Original Movie, How to Build a Better Boy, yang mana beliau memegang watak sebagai Mae Hartley, seorang gadis bijak bersama kekasihnya, menyusun rancangan untuk membuat kekasihnya bahagia.