Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 (OFC)

Kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 bagi Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) telah memilih New Zealand untuk bertanding di dalam play-off menentang Bahrain, pasukan tempat ke-5 daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk satu tempat di dalam Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. (Oceania merupakan satu-satunya konfederasi yang tidak mendapat tempat secara automatik ke pusingan akhir.) Pusingan akhirnya adalah dalam Piala Negara-Negara OFC 2008. Seterusnya, New Zealand juga dipertimbangkan sebagai juara Piala Negara-Negara OFC, dan menjadi wakil OFC di dalam Piala Konfederasi FIFA 2009.

Ini merupakan kempen kelayakan Piala Dunia OFC semenjak Australia berpindah dari OFC ke AFC.