Kelayakan Piala Dunia FIFA 1954

Kelayakan Piala Dunia FIFA 1954
Perincian kejohanan
Pasukan39 (dari 3 konfederasi)
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan57
Jaringan gol208 (3.65 per perlawanan)
1950
1958

Sebanyak 39 pasukan memasuki pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1954, bersaing untuk sejumlah 16 tempat di dalam kejohanan pusingan akhir. Switzerland, sebagai tuan rumah, dan Uruguay, sebagai juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat terbuka untuk pertandingan.

37 pasukan dibahagikan kepada 13 kumpulan, berdasarkan pertimbangan geografi, seperti berikut:

  • Kumpulan 1 hinga 10 - Eropah: 11 tempat, ditandingi oleh 32 pasukan (termasuk Mesir, Israel dan Syria).
  • Kumpulan 11 and 12 - Amerika: 2 tempat, ditandingi oleh 7 pasukan.
  • Kumpulan 13 - Asia: 1 tempat, ditandingi oleh 3 pasukan.

Sebanyak 33 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Sebanyak 57 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 208 gol dijaringkan (purata 3.65 satu perlawanan).

Senarai di bawah adalah tarikh dan keputusan pusingan kelayakan.