Kelayakan Piala Dunia FIFA 1938
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Pasukan | 37 (dari 3 konfederasi) |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 22 |
| Jaringan gol | 96 (4.36 per perlawanan) |
← 1934 1950 → | |
Sebanyak 37 pasukan memasuki kejohanan pusingan Kelayakan Piala Dunia FIFA 1938, untuk sejumlah 16 tempat dalam pusingan akhir. Buat pertama kali juara bertahan dan negara tuan rumah telah diberikan kelayakan automatik. Oleh itu, Perancis, sebagai tuan rumah, dan Itali, sebagai juara bertahan, layak secara automatik, meninggalkan 14 tempat terbuka untuk persaingan.
Disebabkan oleh Perang Saudara Sepanyol, Sepanyol menarik diri daripada pertandingan. Baki 34 pasukan dibahagikan kepada 12 kumpulan, berdasarkan pertimbangan geografi, seperti berikut:
- Kumpulan 1 hingga 9 - Benua Eropah: 11 tempat, dipertandingkan oleh 23 pasukan (termasuk Mesir dan Palestin).
- Kumpulan 10 dan 11 - Benua Amerika: 2 tempat, dipertandingkan oleh 9 pasukan.
- Kumpulan 12 - Rantau Asia: 1 tempat, dipertandingkan oleh 2 pasukan.
Walau bagaimanapun, disebabkan oleh penarikan keluar Austria, (disebabkan mereka itu telah digabungkan bersama Jerman), hanya 15 pasukan sebenarnya bertanding dalam pusingan akhir. FIFA juga tidak membenarkan pasukan yang menduduki naib juara kumpulan berada bersama Austria iatu Latvia mendapat bye untuk layak setelah Austria di keluarkan.
Sebanyak 21 pasukan bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan kelayakan. Sebanyak 22 perlawanan kelayakan dimainkan, dan 96 gol dijaringkan (purata 4.36 satu perlawanan).