Kelajuan pengatup
Dalam bidang fotografi, kelajuan pengatup atau masa pendedahan merupakan tempoh masa filem atau sensor digital di dalam kamera terdedah kepada cahaya semasa merakamkan sesebuah gambar ketika pengatup kamera terbuka. Jumlah cahaya yang mencecah ke filem foto atau sensor imej adalah berkadar dengan masa pendedahan semasa rakaman. Istilah kelajuan pengatup dan masa pendedahan masing-masing dikenali sebagai shutter speed dan exposure time dalam bahasa Inggeris.