Kelainan (linguistik)

Dalam sosiolinguistik, kelainan bahasa atau varieti, turut dikenali sebagai lek atau isolek, adalah bentuk khusus bagi suatu bahasa atau kelompok bahasa. Ini mungkin termasuk bahasa, dialek, laras, ragam, atau bentuk bahasa lain, serta varieti baku. Penggunaan perkataan varieti untuk merujuk kepada bentuk-bentuk yang berbeza mengelakkan penggunaan istilah bahasa, yang bagi kebanyakan orang hanya dikaitkan dengan bahasa baku, dan istilah dialek, yang sering dikaitkan dengan bentuk bahasa tidak standard yang dianggap kurang berprestij atau "betul" berbanding bahasa baku. Ahli linguistik membincangkan kedua-dua varieti baku dan tidak baku (vernakular) sebagai bentuk bahasa yang sama kompleks, sah, dan lengkap. Istilah lek mengelakkan masalah dalam kes-kes yang kabur untuk menentukan sama ada dua varieti adalah bahasa yang berbeza atau dialek bagi satu bahasa yang sama.

Variasi pada peringkat leksikon, seperti slanga dan argot, sering dipertimbangkan dalam hubungan dengan ragam atau tahap formaliti tertentu (juga dipanggil laras), tetapi penggunaan sedemikian kadang-kadang dibincangkan sebagai varieti juga.