Keladi murai
| Keladi murai | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | Dioscoreales
|
| Keluarga: | |
| Genus: | |
| Spesies: | T. integrifolia
|
| Nama binomial | |
| Tacca integrifolia Ker Gawl., 1812
| |
| Sinonim | |
|
Senarai
| |
Keladi murai, belimbing tanah, belimbing bukit, janggut adam, janggut baung, janggut bawo, kelemoyang air, kumis ucing, subiak atau sebiak (nama botani: Tacca integrifolia) ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Tacca keluarga Dioscoreaceae. Ia ditemukan di kawasan hutan hujan tropika dan subtropika Asia. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai di kawasan tanah berpasir atau berbatu yang agak lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti di kawasan kebun getah.
Keladi murai ialah herba tempatan yang semakin popular dikalangan masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat menurunkan tekanan darah.