Kekhanan Turkik Pertama

Kekhaganan Turkik Pertama
552–603
Tamga dari puak Ashina.
Kekhaganan Turkik pada zaman kemuncaknya, tahun 576.
StatusKekhaganan (empayar nomad)
Ibu negara
  • Ötüken (timur)
  • Suyab (barat)
Bahasa yang umum digunakan
  • Turkik Tua (dinasti dan biasa)
  • Sogdia (rasmi, diplomasi, syiling)
  • Ruanrua (rasmi)
  • Cina Pertengahan
Agama
Tengrisme
DemonimTürük
Türk
Qaghan 
• 551–552
Bumin Qaghan (pertama)
• 599–603
Tardu (akhir)
Yabgu 
• 552–575
Istämi (pertama)
• 575–599
Tardu (akhir)
Era SejarahSelepas klasik
• Bumin Qaghan memberontak ke atas Kekhaganan Rouran
542
• Didirikan
552
• Perang Saudara Göktürk
581
• Penyatuan semula singkat
603
• Perpecahan Kekhaganan Turkik Barat dan Timur
603
Keluasan
5576,000,000 km2 (2,300,000 bt2)
Didahului oleh
Diganti oleh
Kekhaganan Rouran
Empayar Hephthalit
Kekhaganan Turkik Timur
Kekhaganan Turkik Barat

Kekhaganan Turkik Pertama (juga dirujuk sebagai Empayar Turkik Pertama, Kekhaganan Turkik atau Kekhaganan Göktürk) adalah sebuah kekhaganan Turkik yang diasaskan oleh puak Ashina dari Göktürk pada Zaman Pertengahan di Asia Dalam di bawah kepimpinan Bumin Qaghan (meninggal 552) dan abang beliau Istämi. Kekhaganan Turkik Pertama mengantikan Kekhaganan Rouran sebagai sebuah kuasa hegemoni di Pelantar Mongolia dan dengan pantas meluaskan wilayahnya di Asia Tengah, dan menjadi empayar trans benua Asia Tengah pertama yang bermula di Manchuria ke Laut Hitam.

Meskipun Göktürk bertutur Turkik Tua, teks-teks dan syiling rasmi awal kekhaganan ditulis dalam bahasa Sogdia. Ia merupakan negara Turkik pertama yang menggunakan nama Türk secara politiknya. Skrip Turkik Tua telah dicipta pada separuh pertama kurun ke-6.

Ia runtuh pada tahun 603, selepas satu siri konflik dan perang saudara yang memecahkannya kepada Kekhaganan Turkik Timur dan Kekhaganan Turkik Timur. Empayar Tang menakluk Kekhaganan Turkik Timur pada tahun 630 dan Kekhaganan Turkik Barat pada tahun 657 dalam satu siri kempen ketenteraan. Kekhaganan Turkik Kedua muncul pada tahun 682 dan berlangsung sehingga tahun 744 apabila ia dijatuhkan oleh Kekhaganan Uyghur.