Kekhanan Bukhara

Kekhanan Bukhara
خانات بخارا
1506–1785
Panji perang
Kawasan wilayah Kekhanan Bukhara (hijau), sekitar 1600.
Ibu negara

39°46′N 64°26′E / 39.767°N 64.433°E / 39.767; 64.433
Bahasa yang umum digunakan
Agama
Islam (Sunni, Sufisme Naqshabandi)
KerajaanMonarki
Khan 
• 1506–1510
Muhammad Shaybani
• 1599–1605
Baqi Muhammad Khan
• 1606-1611
Wali Muhammad Khan
• 1611-1642
Imam Quli khan
• 1642-1645
Nadar Muhammad
• 1747–1753
Muhammed Rahim
• 1758–1785
Abu’l Ghazi Khan
Ataliq 
Era SejarahModen awal
• Muhammad Shaybani menakluki Bukhara daripada Empayar Timuriyah
1506
• Penubuhan dinasti Janid
1599
• Kekhanan ditakluki Nader Shah selepas Mohammad Hakim menyerah diri
1745
• Dinasti Manghit mengambil alih selepas kemangkatan Nader Shah
1747
• Penubuhan Amiriah Bukhara
1785
Populasi
• 1902
anggaran 2,000,000 orang
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Timuriyah
Kekhanan Uzbek
Amiriah Bukhara
Kekhanan Kokand
Empayar Durrani

Kekhanan Bukhara/Bukhoro (Parsi: خانات بخارا; Uzbek: Buxoro Xonligi) ialah sebuah wilayah Uzbek yang wujud dari suku kedua abad ke-16 hingga akhir abad ke-18 di Asia Tengah atau Turkestan, yang diasaskan oleh Dinasti Shaybanid. Dari 1533 hingga 1540, Bukhara menjadi ibu kotanya secara sementara di bawah pemerintahan Ubaydallah Khan. Kekhanan ini mencapai tahap dan pengaruh kemuncak di bawah penguasa Shaybanid kedua terakhir, Abdullah Khan II (di takhta 1557–1598).

Pada abad ke-17 dan ke-18, kekhanan diperintah oleh Dinasti Janid (Astrakhanid atau Timurid Toqay). Mereka merupakan keturunan Genghis Khan yang terakhir yang memerintah Bukhara. Pada 1740, wilayah ini ditakluki oleh Nader Shah, Shah dari Iran. Setelah kemangkatannya pada 1747, kekhanan ini ditadbir oleh keturunan bukan Genghis, iaitu amir Uzbekistan Khudayar Bi, melalui posisi perdana menteri ataliq. Pada 1785, keturunannya, Shahmurad, memformalkan pemerintahan dinasti keluarga (Manghit), dan kekhanan menjadi menjadi Amiriah Bukhara. Orang Manghit bukan berketurunan Genghis dan mengambil gelaran Islam (Amir) dan bukannya Khan kerana keabsahan mereka tidak berdasarkan keturunan Genghis Khan.