Kejuruteraan nuklear

Kejuruteraan nuklear ialah cabang kejuruteraan yang mengkaji fenomena-fenomena nuklear seperti pembelahan nukleus, ujian tanpa musnah, penyelidikan bahan serta penjanaan tenaga. Individu yang menceburi bidang kejuruteraan nuklear dikenali sebagai jurutera nuklear. Kebanyakkan daripada jurutera nuklear akan menceburi penyelidikan dalam industri nuklear, namun keperluan jurutera nuklear dalam industri-industri seperti industri petroleum, industri kosmetik dan farmaseutikal, industri elektronik, pemeriksaan tapak dan sambungan kimpalan serta sebagai pegawai keselamatan amat penting.