Kejuruteraan balikan
Kejuruteraan undur (bahasa Inggeris: Reverse Engineering) juga dikenali sebagai kejuruteraan balikan atau kejuruteraan membalik, merupakan sesuatu proses mencari prinsip-prinsip teknologi perkakasan atau objek atau sistem melalui analisis terhadap strukturnya, fungsinya, dan operasinya. Kerapkali ia melibatkan pengambilan sesuatu (seperti perkakasan mekanikal, komponen eletronik atau aturcara perisian) secara berasingan dan dianalisis cara kerjanya secara terperinci, selalunya cuba untuk menghasilkan perkakasan atau perisian baharu yang mempunyai fungsi yang sama tanpa menyalin keseluruhan daripada yang asal. keadah ini juga digunakan untuk memperbaiki kecekapan sesuatu barangan dengan mengabungkan beberapa ciri tertentu daripada barangan yang berlainan.