Keju Neufchâtel
| Neufchâtel | |
|---|---|
| Maklumat umum | |
| Jenis | Keju susu lembu, Keju Perancis, white mold-rind cheese (en) , keju pusat ladang, keju tenusu |
| Pensijilan | Gelaran asalan terkawal, penetapan asalan dilindungi |
| Asalan | |
| Negara | Perancis |
| Kawasan | Haute-Normandy |
| Lokasi | Seine-Maritime, Oise, Haute-Normandie |
| Ciri-ciri | |
| Sumber susu | Lembu |
| Dipasteurkan | Ya |
| Tekstur | Lembut |
| Kandungan lemak | 45% |
| Tempoh penuaan | 10-12 hari |
| Maklumat lain | |
| Keluasan | 150,000 ha |
| Pengeluaran | 1,594 t, 1,492 t, 1,702 t, 1,703 t, 1,715 t, 1,526 t, 1,250 t, 1,335 t, 1,660 t, 1,614 t, 1,645 t, 1,576 t, 1,441 t, 1,633 t dan 1,456 t |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Neufchâtel adalah keju yang berasal dari daerah Haute-Normandy di Perancis yang memiliki tekstur lembut dengan bentuk silinder ataupun hati. Keju Neufchâtel yang diperakui AOC hanya boleh dihasilkan di Seine-Maritime di Normandy timur. Tekstur keju ini lembut tetapi sedikit kasar. Keju ini ditutup dengan kulit yang berwarna putih dan lembut seperti bulu.
Ada enam jenis bentuk dan ukuran keju Neufchâtel:
- Berbentuk hati dengan lebar 10 sentimeter dan tinggi 4 sentimeter.
- Bentuk hati dengan lebar 12 sentimeter dan tinggi 6 sentimeter.
- Bentuk silinder dengan diameter 5 sentimeter dan tinggi 7 sentimeter.
- Bentuk silinder dengan diameter 5 sentimeter dan tinggi 15 sentimeter.
- Bentuk persegi dengan sisi sepanjang 25 sentimeter dan tinggi 2.5 sentimeter.
- Bentuk persegi panjang dengan panjang 8 sentimeter, lebar 5 sentimeter dan tinggi 2.5 sentimeter.