Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2018

Trofi Hassanal Bolkiah 2018
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Brunei
Tarikh23 April – 5 Mei 2018
Pasukan7
Tempat(di 1 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Timor-Leste (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Kemboja
Tempat Ketiga Myanmar
 Singapura
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan12
Jaringan gol28 (2.33 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Phithack Kongmathilath
Ikhsan Fandi
(Masing-masing 3 gol)
2014
2019 →

Kejohanan Trofi Hassanal Bolkiah 2018 adalah merupakan edisi keenam kejohanan jemputan yang dihoskan oleh Brunei, berlangsung dari 23 April hingga 5 Mei. Sebanyak 7 pasukan kumpulan umur bawah 22 tahun dari wilayah Asia Tenggara akan bersaing untuk trofi bersama dengan hadiah wang tunai B$20,000 (AS$15,200) untuk juara, B$10,000 (AS$7,600) untuk naib juara dan B$5,000 (AS$3,800) untuk tempat ketiga bersama.

Pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan negara tuan rumah dapat memilih kumpulan mana yang akan diletakkan. Undian itu berlangsung pada 21 Mac dengan Brunei memilih Kumpulan A. Indonesia tidak boleh menyertai disebabkan oleh Piala Ulang Tahun PSSI 2018, sementara Malaysia, Filipina dan Vietnam tidak mengambil bahagian kerana jadual liga bola sepak yang ketat di negara mereka.

Timor-Leste muncul sebagai juara selepas mengalahkan Kemboja dengan 1-0 di perlawanan akhir, manakala Myanmardan Singapura kedua-duanya berkongsi tempat ketiga.