Kejohanan Remaja B-16 AFF 2012
| AFF UNDER-16 PREPARATORY TOURNAMENT 2012 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Laos |
| Tarikh | 2 Jun – 8 Jun |
| Pasukan | 4 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 1 (di 1 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Jepun (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Australia |
| Tempat Ketiga | Laos |
| Tempat Keempat | Thailand |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 8 |
| Jaringan gol | 27 (3.38 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Ryoma Watanabe (3) |
← 2011 2013 → | |
Kejohanan Remaja B-16 AFF 2012 merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang berlangsung dari 2 Jun hingga 8 Jun 2012, yang dihoskan oleh Laos untuk kali kedua.
Edisi tahun ini akan menampilkan empat negara. Laos dan Thailand yang mewakili AFF dan tetamu Australia dan Jepun yang dijemput kerana semua empat negara telah layak ke Kejohanan Remaja B-16 AFC 2012 yang akan dimainkan lewat tahun ini. Semua empat pasukan akan bermain dalam perlawanan kumpulan dengan dua pasukan teratas akan mara ke perlawanan akhir dan dua pasukan terbawah akan bermain untuk penentuan tempat ke-3.