Kejohanan Remaja B-16 AFC 2016
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara tuan rumah | India |
| Tarikh | 15 September – 2 Oktober 2016 |
| Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Iraq (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Iran |
| Separuh Akhir | Jepun Korea Utara |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 31 |
| Jaringan gol | 109 (3.52 per perlawanan) |
| Kehadiran | 31,611 (1,020 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Mohammed Dawood (6 gol) |
| Pemain terbaik | Mohammed Dawood |
← 2014 2018 → | |
Kejohanan Remaja B-16 AFC 2016 merupakan edisi ke-17 Kejohanan Remaja B-16 AFC yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia. India akan menjadi tuan rumah edisi kali ini. Kejohanan ini dijadualkan akan dimainkan antara 15 September hingga 2 Oktober 2016. Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan ini.
Juara, Naib Juara beserta 2 peserta separuh akhir di kejohanan ini akan layak ke Piala Dunia B-17 FIFA 2017. Oleh kerana India juga merupakan tuan rumah Piala Dunia B-17 FIFA 2017, India tetap akan layak sekiranya mereka tewas di peringkat kumpulan atau pun di suku akhir, sekiranya India mara ke separuh akhir atau pentas akhir, 1 pasukan terbaik yang kalah di peringkat suku akhir akan menerima 1 lagi slot untuk ke Piala Dunia B-17 FIFA 2017.