Kejohanan Remaja B-16 AFC 2008
| AFC U-16 Championship Uzbekistan 2008 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Uzbekistan |
| Tarikh | 4 Oktober – 19 Oktober |
| Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 2 (di 1 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Iran (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Korea Selatan |
| Statistik kejohanan | |
| Penjaring terbanyak | Kaveh Rezaei (6 gol) |
← 2006 2010 → | |
Kejohanan Remaja B-16 AFC 2008 adalah pertandingan bola sepak Kejohanan Remaja B-16 AFC ke-13 yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), yang telah diadakan antara 4 Oktober hingga 19 Oktober 2008 di Tashkent, Uzbekistan. Kelayakan telah diadakan pada tahun 2007 dari 17 hingga 28 Oktober.
Iran memenangi gelaran pertama mereka selepas menewaskan Korea Selatan 2-1 pada perlawanan akhir.