Kejohanan Futsal AFC 2018
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara tuan rumah | Taipei Cina |
| Tarikh | 1–11 Februari 2018 |
| Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 2 (di 2 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Iran |
| Naib Juara | Jepun |
| Tempat Ketiga | Uzbekistan |
| Tempat Keempat | Iraq |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 32 |
| Jaringan gol | 203 (6.34 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Hossein Tayyebi (14 gol) |
| Pemain terbaik | Ali Hassanzadeh |
| Anugerah Permainan Bersih | Iraq |
← 2016 2020 → | |
Kejohanan Futsal AFC 2018 akan menjadi edisi ke-15 Kejohanan Futsal AFC, kejohanan futsal dwitahunan antarabangsa yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk pasukan kebangsaan lelaki Asia. Ia akan mengambil tempat di Taiwan (dirujuk sebagai Taipei Cina oleh AFC), yang dilantik sebagai tuan rumah oleh AFC pada 29 Julai 2017, antara 1 hingga 11 Februari 2018. Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan.