Piala Suzuki AFF 2012

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2012
Logo rasmi Piala Suzuki AFF 2012
Perincian kejohanan
Negara-negara tuan rumah Malaysia
 Thailand
Tarikh24 November - 22 Disember 2012
Pasukan(dari 1 sub-konfederasi)
Tempat(di 3 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Singapura (Kejuaraan Ke-4)
Naib Juara Thailand
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan18
Jaringan gol48 (2.67 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Teerasil Dangda (5 gol)
Pemain terbaik Shahril Ishak
2010
2014

Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2012 atau dikenali Piala Suzuki AFF 2012 merupakan edisi kesembilan Kejohanan Bola Sepak ASEAN, yang telah ditaja oleh Suzuki. Ia dianjurkan bersama oleh Malaysia dan Thailand dan telah berlangsung pada 24 November hingga 22 Disember 2012.

Singapura menjadi pasukan pertama memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN empat kali, menewaskan Thailand 3–2 secara agregat dalam perlawanan akhir. Jurulatih Singapura Radojko Avramović juga menjadi jurulatih paling berjaya, kali ketiga selepas 2004 dan 2007.