Kejohanan Badminton Para Dunia BWF
Kejohanan Badminton Para Dunia (bahasa Inggeris: BWF Para-Badminton World Championships) adalah acara dwitahunan individu yang dianjurkan oleh BWF. Pemain peringkat tertinggi badminton para bersaing dalam enam klasifikasi. dalam lima kategori. Kejohanan itu dianjurkan di bawah Persekutuan Badminton Para Dunia (PBWF) sebelum memutuskan untuk bergabung dengan BWF pada bulan Jun 2011.