Keira Knightley
Keira Knightley | |
|---|---|
Keira Knightley di Festival Filem Antarabangsa Venice ke-68, 2011 | |
| Kelahiran | Keira Christina Knightley 26 Mac 1985 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1993 - kini |
| Pasangan | James Righton (k. 2013) |
| Anak-anak | 1 |
| Ibu bapa |
|
Keira Christina Knightley (/ˌkɪərə ˈnaɪtli/; lahir 26 Mac 1985) atau Keira Knightley ialah seorang pelakon wanita England. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dan membuat kemunculan filem pertamanya pada 1995. Selepas bekerja dalam peranan pembantu dalam pelbagai filem, Knightley meraih pengiktirafan menerusi filem Bend It Like Beckham (2002). Beliau mencapai kemasyhuran antarabangsa selepas mendarat peranan Elizabeth Swann di dalam siri filem Pirates of the Caribbean. Salah satu pelakon Hollywood yang menerima bayaran tertinggi, Knightley telah memenangi Anugerah Empire, dan telah mendapat pelbagai pencalonan untuk Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe.