Botak

Botak atau nama perubatannya alopesia ialah ketiadaan sebahagian atau kesemua rambut pada kepala atau badan, keadaan ini boleh berlaku pada satu bahagian atau seluruh badan tersebut. Tahap dan pola kebotakan berbeza-beza, tetapi punca biasa merupakan androgenic alopecia, alopecia androgenetica, atau alopecia seborrheica, dengan istilah terkemudian umumnya digunakan di Eropah.

Pola kebotakan berbeza dari alopecia areata, yang biasanya membabitkan kehilangan tompokan rambut. Bentuk alopecia areata melampau adalah alopecia totalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut, dan bentuk paling melampau, alopecia universalis, yang membabitkan kehilangan keseluruhan rambut dari kepala dan badan.