Kegabenoran Gaza
Kegabenoran Gaza | |
|---|---|
Governorate | |
| Country | Negara Palestin |
| Penduduk (2017 Census) | |
| • Jumlah | 652,597 |
Kegabenoran Gaza (Arab: محافظة غزة, rumi: Muḥāfaẓat Ġhazzah), juga dikenali sebagai Kegabenoran Bandar Gaza, adalah salah satu daripada 16 Kegabenoran Palestin, yang terletak di utara tengah Genting Gaza yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin.
Kegabenoran Gaza bersempadan dengan Kegabenoran Gaza Utara di utara, dengan Kegabenoran Deir el-Balah di selatan, dengan Palestin yang dijajah di sebelah timur, dan Laut Mediterranean di barat.
Gaza dituntut oleh Negara Palestin, tetapi tanah tersebut berada di bawah kawalan Hamas, manakala sempadannya dengan Israel, ruang udara dan wilayah maritim dikawal oleh Angkatan Pertahanan Israel. Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, penduduk daerah itu ialah 505,700 pada tahun 2006.
Kegabenoran ini terdiri daripada sebuah bandar, tiga pekan, dan beberapa perkampungan dan kem pelarian. Bandar Gaza mengandungi pejabat utama kementerian dan universiti, pusat komersil dan mempunyai rangkaian jalan raya yang menghubungkan semua wilayahnya, dan ia dibahagikan kepada dua jalan utama iaitu Jalan Salahuddin dan Jalan Al-Rasyid.