Kegabenoran Amman

Kegabenoran Amman
محافظة العاصمة
Negara Jordan
Ibu kotaAmman
Subbahagian
Senarai
  • Jabatan Ibu Kota
  • Jabatan Marka
  • Jabatan Al-Qwesmeh
  • Jabatan Universiti
  • Jabatan Wadi Al Seer
  • Jabatan Naour
  • Jabatan Sahab
  • Jabatan Al Jizah
  • Jabatan Muwaqqar
Pentadbiran
 • GabenorSaed Shihab
Keluasan
 • Jumlah7,579 km2 (2,926 batu persegi)
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah4,007,000
 • Kepadatan530/km2 (1,400/batu persegi)
Zon waktuGMT +2
 • Musim panas (DST)+3
Kod kawasan+(962)6
Bandar94%
Luar bandar6%
HDI (2021)0.737
tinggi · pertama daripada 12

Kegabenoran Amman, secara rasmi dikenali sebagai Muhafazat al-Asima (Arab: محافظة العاصمة, terjemahan bahasa Melayu: Kegabenoran Ibu Kota), adalah salah satu kegabenoran di Jordan. Ibu kota kegabenoran ialah bandar Amman, yang juga ibu negara. Pusat pentadbiran muhafazah serta semua pejabat kerajaan dan parlimen terletak di daerah Abdali.

Kegabenoran Amman mempunyai penduduk terbesar daripada 12 kegabenoran Jordan. Ia bersempadan dengan Kegabenoran Zarqa di utara dan timur laut, kegabenoran Balqa dan Madaba di barat, Kegabenoran Karak dan Ma'an di selatan. Ia juga berkongsi sempadan antarabangsa dengan Arab Saudi dari timur.