Kecerdasan
Kecerdasan telah ditakrifkan dalam pelbagai aspek dan tidak terhad kepada sesuatu perkara termasuklah peniskalaan, logik, pemahaman, kesedaran kendiri, pembelajaran, pengetahuan emosi, taakulan, perancangan, kreativiti, pemikiran kritis serta penyelesaian masalah.
Kebanyakan ahli psikologi berpendapat bahawa kecerdasan boleh dibahagikan kepada pelbagai domain atau dimensi atau kecekapan.
Kecerdasan telah lama dipelajari pada manusia, dan merentasi pelbagai disiplin. Ia juga telah diperhatikan dalam kognitif haiwan bukan manusia. Sesetengah penyelidik juga telah mencadangkan bahawa tumbuhan menunjukkan bentuk kecerdasan yang tersendiri, walaupun ini masih menjadi kontroversi.