Kecenderungan memusat

Dalam bidang statistik, kecenderungan memusat ialah perihal mencari nilai tengah yang mewakili keseluruhan set data. Ukuran kecenderungan memusat merujuk kepada kaedah pengukuran yang digunakan untuk memerihalkan satu set data. Antara ukuran-ukuran kecenderungan memusat ialah:

  • Min - nilai purata.
  • Median - nilai yang berada di tengah-tengah set yang disusun secara menaik.
  • Mod - nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi.

Contoh penyelesaian masalah

Senarai harga rumah di bandaraya Shah Alam

1) Rm 2000000

2) Rm 500000

3) Rm 300000

4) Rm 100000

5) Rm 100000

Jumlah keseluruhan harga = Rm 3000000

Min=(Rm 3000000/5)

=Rm600000

Median=Rm 300000

Mod=Rm 100000