Kecelaruan personaliti histrionik
| Gejala personalitu histrionik | |
|---|---|
| Tingkah laku dramatik ialah satu petanda utama kecelaruan personaliti histrionik | |
| Pengkhususan | Psikologi klinikal, Psikiatri |
| Gejala | Keinginan perhatian berlebihan, tingkah laku dramatik, perasaan cetek dan sering berubah-ubah, tingah laku provokatif seksual, gaya ucapan tak jelas, kecenderungan menilai hubungan intim sebagai lebih rapat daripada hakikat sebenar |
Permulaan biasa | Simptom biasanya tak berkembang sepenuhnya hingga usia 15 tahun |
| Tempoh | Sepanjang hayat |
| Punca | Sistem noradrenergik berrespons tinggi, faktor genetik, gaya keibubapaan autoritarian |
| Berdasarkan simptom | |
| Gangguan personaliti lain, penyalahgunaan bahan dan perubahan personaliti akibat komplikasi perubatan lain | |
| Rawatan | Psikoterapi analisis berfungsi, templat penilaian ideograf berfungsi |
| sunting | |
Kecelaruan personaliti histrionik (HPD) ditakrifkan oleh Persatuan Psikiatri Amerika sebagai gangguan personaliti dicirikan oleh corak tingkah laku mencari perhatian berlebihan, biasanya bermula pada awal kanak-kanak, termasuk penggodaan yang tidak sesuai dan keinginan yang berlebihan untuk mendapatkan pengiktirafan. Orang yang didiagnosis dengan gangguan itu dikatakan meriah, dramatik, lincah, bersemangat, ekstrovert dan genit.
HPD terletak dalam kelompok dramatik dalam gangguan personaliti. Orang yang mempunyai HPD mempunyai keinginan memperoleh perhatian tinggi, membuat penampilan yang lantang dan tidak sesuai, membesar-besarkan tingkah laku dan emosi mereka, dan mendambakan rangsangan. Mereka mungkin mempamerkan tingkah laku provokatif seksual, meluahkan emosi yang kuat dengan gaya impresionistik dan mudah dipengaruhi oleh orang lain. Ciri-ciri yang berkaitan termasuk egosentrisme, menyenangkan diri, kemahuan perhatian berterusan dan tingkah laku manipulatif berterusan untuk mencapai kehendak mereka sendiri.