Kebolehgunaan

Kebolehgunaan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan kesenangan menggunakan sesebuah alat atau mana-mana benda buatan manusia untuk mencapai matlamat tertentu. Kebolehgunaan juga bermaksud kaedah mengukur kebolehgunaan dan kajian prinsip-prinsip di sebalik kecekapan atau keanggunan yang diperkatakan bagi sesebuah objek.

Dalam ilmu interaksi manusia-komputer dan sains komputer, kebolehgunaan ialah kesenangan berinteraksi dengan atur cara komputer atau tapak web. Istilah ini juga digunakan dalam konteks keluaran elektronik pengguna, atau bidang komunikasi, dan wahana pemindahan ilmu (seperti buku resipi, dokumen atau bantuan atas talian). Kebolehgunaan juga memaksudkan kecekapan reka bentuk benda-benda mekanik seperti pemegang pintu atau tukul. Kebolehgunaan berbeza dari kepuasan pengguna kerana kebolehgunaan itu juga merangkumi kebergunaan atau kepentingan sesebuah objek.