Kebangkitan Warsaw

Kebangkitan Warsaw (Poland: powstanie warszawskie; Jerman: Warschauer Aufstand) atau Kebangkitan Ogos (Poland: powstanie sierpniowe) sebuah operasi dilakukan pihak pemberontak Tentera Tanah Air Poland membebaskan Warsaw dari Pemerintahan Am rejim Nazi Jerman yang menakluk. Peperangan ini dilangsungkan selama 63 hari semasa musim panas 1944 tanggal 1 Ogos sejurus pengunduran tentera Jerman dari Poland untuk melawan Tentera Merah Soviet tanpa sebarang bantuan dari pihak luar menjadikannya tindakan bersenjata paling besar dilakukan manamana pihak pemeberonakan Eropah semasa Perang Dunia Kedua.

Walau bagaimanapun, Pemerintah Soviet pimpinan Joseph Stalin mempunyai niat sendiri mahu menjalankan pemerintah komunis yang tidak diinginkan Tentera Tanah Air yang memihak kepada Pihak Berikat; maka Tentera Merah enggan memberikan bantuan ketenteraan malah sengaja menghentikan serangan terhadap phak Jerman sendiri yang memberi peluang kepada rejim Nazi berpusing menyerang kembali tentera pemberontak Poland sehingga ditumpas habis. Sebanyak 16,000 orang askar pemberontakan Poland terkorban dengan sekitar 6,000 orang askar cedera parah; kira-kira antara 150,000 dan 200,000 orang awam termasuk orang Yahudi yang dilindungi dibunuh rejim Nazi yang membalas dendam; pertempuran ini turut memunsahkan banyak kawasan pebandaran Poland.

Tempoh kebangkitan ini difahamkan banyak cendekiawan sebagai titik mula telagah antara pihak Barat dan pihak Soviet menjurus kepada Perang Dingin yang datang pada dekad-dekad mendatang. Pertempuran ini hanya dapat diperingatkan selepas tumpasnya rejim komunis Poland pada 1989, suatu hari pengabadian pada 1 Ogos diluluskan tahun 2009 oleh Parlimen negara tersebut dimaktubkan Presiden Lech Kaczyński.