Kebaikan bersama
Kebaikan bersama (common good atau general welfare) merujuk kepada sebarang apa tujuan yang dikongsi dan dimanfaatkan dalam sesebuah masyarakat, ataupun juga, pencapaian yang diraih melalui kewarganegaraan, tindakan kolektif, dan penglibatan aktif dalam dunia politik serta perkhidmatan awam. Konsep ini berbeza secara ketaranya mengikut doktrin falsafah yang sedia ada.