Kea Farm

Kea Farm (Jawi: كيا فارم) merupakan sebuah pekan yang terletak di Tanah Tinggi Cameron, daerah Cameron Highlands, Pahang. Kea Farm terletak pada ketinggian 1,610 meter (5,280 ka) dari paras laut, menjadikannya petempatan yang tertinggi di Tanah Tinggi Cameron.

Pekan ini terkenal dengan jualan hasil pertanian yang dituai segar dari ladang, perladangan strawberi dan kebun-kebun bunga, yang amat sinonim dengan kawasan tanah tinggi ini. Tempat-tempat menarik sekitarnya termasuklah Ladang Teh BOH Sungai Palas dan hutan berlumut Gunung Irau, melalui Laluan Persekutuan 432 (Jalan Gunung Brinchang).