Ke Huy Quan

Ke Huy Quan
Quan pada 2018
Kelahiran (1971-08-20) 20 Ogos 1971
Nama lainJonathan Ke Huy Quan
PendidikanUniversiti California Selatan
PekerjaanPelakon, koreografer aksi ngeri
Tahun aktif1984–2004, 2019–kini
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional關繼威
Tulisan Cina Ringkas关继威
Vietnamese name
VietnameseQuan Kế Huy

Ke Huy Quan (Bahasa Cina: 關繼威; Vietnam: Quan Kế Huy; lahir 20 Ogos 1971), juga dikenali sebagai Jonathan Ke Quan (/kˈkwɑːn/), ialah pelakon dan koreografer aksi ngeri Vietnam-Amerika. Quan melakonkan watak Short Round dalam Indiana Jones and the Temple of Doom (1984) dan Data dalam The Goonies (1985). Pada tahun 1990 dan 1991, beliau memegang watak sebagai Jasper Kwong dalam sitkom Head of the Class sebanyak dua musim.

Quan berhenti berlakon kerana kekurangan peluang pada akhir 1990-an, ketika beliau menerima ijazah filemnya dari USC School of Cinematic Arts. Beliau kemudian bekerja sebagai koordinator aksi ngeri dan pembantu pengarah. Beliau kembali berlakon sebagai Waymond Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once (2022), peranan yang mana beliau mendapat pujian dari pengkritik.