Kazuyoshi Miura

Kazuyoshi Miura
三浦 知良
Foto Miura pada tahun 2012
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1967-02-26) 26 Februari 1967
Tempat lahir Shizuoka, Jepun
Ketinggian 177 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
U.D. Oliveirense
(pinjaman daripada Yokohama FC)
Nombor 11
Kerjaya remaja
1982 Sekolah Menengah Atas Shizuoka Gakuen
1982–1986 Juventus-SP
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1986 Santos 2 (0)
1986 Palmeiras 25 (2)
1986 Sociedade Esportiva Matsubara 5 (1)
1987 CRB 4 (0)
1987–1988 XV de Jaú 25 (2)
1988–1989 Coritiba 21 (2)
1989–1990 Santos 11 (3)
1990–1998 Verdy Kawasaki 192 (117)
1994–1995Genoa (pinjaman) 21 (1)
1999 Dinamo Zagreb 12 (0)
1999–2000 Kyoto Purple Sanga 41 (21)
2001–2005 Vissel Kobe 103 (24)
2005– Yokohama FC 278 (27)
2005Sydney FC (pinjaman) 4 (2)
2022 → Suzuka Point Getters (pinjaman) 18 (2)
2023– → Oliveirense (pinjaman) 6 (0)
Pasukan kebangsaan
1990–2000 Jepun 89 (55)
2012 Jepun (futsal) 6 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 03:43, 19 February 2024 (UTC)

Kazuyoshi Miura (三浦 知良, Miura Kazuyoshi, lahir 26 Februari 1967), sebutan karibnya ialah Kazu (nama cembung "King Kazu"), ialah pemain bola sepak Jepun yang bermain sebagai penyerang tengah untuk kelab Liga Portugal 2 Oliveirense, pinjaman daripada kelab Liga J1 Yokohama FC. Beliau rasmi diiktiraf sebagai pemain bola sepak paling tua sepanjang sejarah dan pemain tertua yang mampu menjaringkan gol di padang perlawanan profesional.

Beliau bermain untuk Pasukan Kebangsaan Jepun dari tahun 1990 sehingga 2000, dan pemain Jepun pertama yang dikeruniakan Anugerah Pemain Asia Tahunan IFFHS. Miura boleh dikatakan sebagai pemain bintang Jepun pertama dan kemuncak kerjayanya sederum dengan penubuhan Liga J. pada tahun 1993. Dia mempopularkan beberapa gerakan dan istilah seperti "Tipuan Kazu" dan "Kazu Berdendang", ketika menjaringkan gol.

Setakat 2024, beliau masih bermain dalam kelab bola sepak profesional pada usianya yang ke-57 tahun dan tetap mara memperpanjang rekod sebagai pemain bola sepak tertua. Sepanjang kerjayanya dalam 5 dekad yang berbeza (1980an–2020an), beliau telah melihat bentuk-bentuk perlawanan yang berbeza dan khas pada setiap masa kerjayanya yang panjang. Abangnya Yasutoshi Miura ialah bekas pemain bola sepak.