Eucalyptus

Eucalyptus
Tunas, kapsul, bunga dan dedaun E. tereticornis
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Myrtales
Keluarga: Myrtaceae
Subkeluarga: Myrtoideae
Tribus: Eucalypteae
Genus: Eucalyptus
L'Hér.
Spesies jenis
Eucalyptus obliqua
L'Hér. 1789
Species
  • Senarai species Eucalyptus
Julat alami
Sinonim
  • Aromadendrum W.Anderson ex R.Br., 1810
  • Eudesmia R.Br., 1814
  • Symphyomyrtus Schauer in J.G.C.Lehmann, 1844

Eucalyptus ialah sebuah genus yang mengandungi 715 spesies pokok-pokok berbunga dan renek dalam keluarga Myrtaceae. Tumbuhan dalam genus Eucalyptus memiliki kulit yang licin, berserabut, keras atau berserat. Daun-daunnya mempunyai kelenjar minyak; sepal dan ranggi bercantum dan membentuk "tetopi" atau operkulum yang melitupi stamen. Buahnya merupakan kapsul berkayu.

Kebanyakan spesies genus Eucalyptus tumbuh asli di benua Australia, pulau-pulau New Guinea dan Indonesia. Banyak spesies Eucalyptus hidup membiasakan diri kepada kebakaran liar dan dapat tumbuh semula daripada benih yang kalis api selepas kebakaran-kebakaran ini berlaku.