Kawasan sesusuh
Kawasan sesusuh, (Inggeris: salient) juga dikenali sebagai kawasan tanjakan, unjuran medan atau keluk hadapan, ialah kawasan medan tempur yang mengunjur keluar ke wilayah musuh. Kawasan sesusuh ini di kelilingi oleh pihak musuh dari pelbagai arah, menyebabkan pasukan tentera yang menduduki sesusuh tampak terdedah. Garisan hadapan lawan yang bersempadan dengan sesusuh dipanggil kesebentukan atau dalam bahasa seharian bentuk lekuk (Inggeris: re-entrant)– iaitu sudut yang menghala ke dalam. Sesusuh yang agak dalam mudah terdedah kepada "serangan" dari pangkal, dan ini akan mengakibatkan terjadinya poket dimana pasukan tentera dalam sesusuh itu dipulaukan dengan tanpa bantuan bekalan. Sebaliknya, rempuhan pasukan itu ke dalam sesusuh melalui hujungnya boleh mengancam kawasan belakang pasukan lawan yang berada diluarnya, membiarkan mereka terdedah kepada serangan dari belakang.