Kawasan Chūbu
Kawasan Chūbu
中部地方 | |
|---|---|
Kawasan | |
Kawasan Chūbu di Jepun | |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 72.572,34 km2 (28.02034 batu persegi) |
| Penduduk (Oktober 1, 2015) | |
| • Jumlah | 21.460.410 |
| • Kepadatan | 295,7/km2 (7,660/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+09:00 (JST) |
Kawasan Chūbu (中部地方, Chūbu-chihō) terletak di rantau tengah Honshū, pulau utama Jepun, dan dianggarkan diduduki oleh 21,886,324 orang pada tahun 2008.
Chūbu yang bermaksud "kawasan tengah", meliputi sembilan wilayah: Aichi, Fukui, Gifu, Ishikawa, Nagano, Niigata, Shizuoka, Toyama, Yamanashi, dan adakalanya dikira juga wilayah Mie.
Kawasan Chūbu terletak terus di antara kawasan Kantō dan kawasan Kansai, dan menempatkan bandraya utama Nagoya dan juga pesisir pantai yang amat panjang di tepi Lautan Pasifik dan Laut Jepun, extensive mountain resorts, dan Gunung Fuji.
Kawasan Chūbu merupakan bahagian yang paling luas di Honshū, bercirikan gunung-ganang yang tinggi dan berceranggah. Banjaran Alp Jepun membahagikan negara kepada Omote-Nihon (表日本, "Jepun luaran") bahagian "hadapan" Jepun sebelah Lautan Pasifik yang jarang bersalji pada musim sejuk, dan Ura-Nihon (裏日本, "Jepun dalaman"), bahagian "belakang" Jepun sebelah Laut Jepun yang kerap bersalji pada musim sejuk.