Kawasaki Heavy Industries & CSR Qindao Sifang C151A
Kawasaki Heavy Industries & CRRC Qingdao Sifang C151A, kadang-kala disingkatkan kepada C151A atau KSF C151A ialah unit kereta api elektrik berganda generasi keempat yang sedang beroperasi untuk laluan Utara Selatan dan Timur Barat bagi Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT) di Republik Singapura. Kelompok kereta api tambahan ini bersama-sama dengan landasan dan platform baru di stesen pertukaran Jurong East, telah meningkatkan muatan kedua-dua laluan sehingga 15%.
Kontrak asal 22 set kereta api 6 gerabak telah diberikan kepada Kawasaki Heavy Industries dan CRRC Sifang oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA). Pada tahun 2013, pesanan selanjutnya untuk 13 set kereta api di bawah kelompok 2 telah diletakkan dan setakat 2014, kesemua 35 set kereta api telah rasmi dimasukkan ke dalam perkhidmatan.