Kata sendi (bahasa Melayu)
| Nahu bahasa Melayu |
|---|
| Morfologi |
| Golongan kata |
| Sintaksis |
|
| Jenis frasa |
| Susunan ayat |
|
| Jenis ayat |
|
| Bentuk ayat |
|
| Penerbitan ayat |
|
| Lain-lain |
Golongan kata sendi ialah golongan kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain.
Contoh:
- Buku di pejabat (kata nama + kata sendi + kata nama)
- Menyelam sambil minum air (kata kerja + kata sendi + frasa kerja)
- Rosak kerana banjir melanda (kata sifat + kata sendi + frasa nama)