Karpal Singh: Tiger of Jelutong
Cetakan pertama buku Karpal Singh: Tiger of Jelutong. | |
| Umum | |
|---|---|
| Pengarang | Tim Donoghue |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Inggeris |
| Subjek | Karpal Singh |
| Genre | Autobiografi, politik |
| Penerbitan | |
| Penerbit | Marshall Cavendish (Asia) Pte. Ltd. |
Tarikh penerbitan | 7 September 2013 |
Jenis media | Cetakan |
| Halaman | 360 |
| Kawalan kewibawaan | |
| ISBN | ISBN 9789814408530 |
Karpal Singh: Tiger of Jelutong (Melayu: Karpal Singh: Harimau Jelutong) ialah sebuah buku autobiografi politik Malaysia 2013 yang memperincikan tentang kehidupan dan kerjaya ahli politik dan peguam terkenal, Karpal Singh. Buku ini ditulis oleh wartawan dan penulis dari New Zealand, Tim Donoghue dan diterbitkan oleh Marshall Cavendish International (Asia) Pte. Ltd.
Buku setebal 360 muka surat ini dilancarkan pada 7 September 2013 dan ia diterbitkan 7 bulan sebelum bekas Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang diberi jolokan "Harimau Jelutong" itu maut dalam kemalangan lebuh raya pada 17 April 2014.