Karikatur

Karikatur ialah suatu penggambaran menonjolkan atau membesar-besarkan ciri-ciri khas dipunyai objek atau orang dilakar dengan cara mudah atau dimelalui lakaran pensel atau melalui lukisan artistik yang lain. Penggambaran sebegini dimaksudkan untuk menimbulkan kelucuan bagi pihak yang mengenal subjek tersebut - hal ini dibezakan dari kartun yang membentuk cerita tidak sebagaimana karikatur. Namun, karikatur dapat menjadi unsur dalam kartun, misalnya dalam kartun editorial atau lakaran artis filem yang sering dijumpai pada majalah hiburan

Dalam kesusasteraan, karikatur adalah perihalan seseorang yang menggunakan keterlaluan beberapa ciri dan melebih-lebihkan orang lain.