Karen Mok

Karen Mok
莫文蔚
Kelahiran2 Jun 1970
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "notable role"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "location"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "bgcolour"

Karen Joy Morris, atau Karen Mok Man-Wai atau Mò Wénwèi (莫文蔚, lahir 2 Jun 1970, Hong Kong) ialah pelakon dan penyanyi Hong Kong.

Dia berketurunan campuran 1/4 Cina, 1/4 Wales, 1/4 Iran dan 1/4 Jerman. Mok menghadiri Sekolah Perempuan Diocesan, Hong Kong (daripada rendah hingga ke menengah), mendapat kepujian dalam Kesusasteraan Itali ketika menuntut di Universiti London dan Kolej United World di Trieste, Itali. Dia adalah adik kepada penulis dan penerbit Trevor Morris dan Alfred Morris, pengetua pertama Kolej Raja, Hong Kong. Mok mahir bertutur dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Kantonis, Bahasa Mandarin, Bahasa Itali, dan Bahasa Perancis.

Mok sering dikreditkan sebagai Karen Mok dalam filem-filem cina, tetapi sebagai Karen Joy Morris (nama kelahirannya) dalam filem-filem Hollywood.