Colt M4

Colt M4
M4A1 dengan sistem SOPMOD, iaitu Rail Interface System (RIS) dan pejera teleskop Trijicon ACOG 4x.
JenisRaifal Gempur / Karbin
Tempat asal Amerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1994 - Kini
Digunakan olehSila lihat pengguna
Perang
Sejarah pengeluaran
PerekaColt Firearms dan Armalite
Direka1988 - 1994
PengeluarColt Firearms
Dihasilkan1994 - Kini
AnekaM4A1, (CQBR)
Spesifikasi
Berat2.52 Kilogram (5.56 lb) tanpa peluru; 3.0 kg (6.6 lb) dengan kelopak 30 butir peluru
Panjang757 mm (29.8 in) (Udi berlaras),
838 mm (33 in) (Udi Dibuka)
Panjang laras368.3 mm (14.5 in)
Lebar30 mm / 1.18 in
KrewPolis, tentera dan pasukan elit

Kartrij5.56 x 45 mm NATO
Kaliber5.56 mm (.223 Remington)
AksiBolt berputar, sistem gas
Kadar tembakan700-950 tembakan/min
Halaju muncung270 m/s (886 k/s)
Jarak tembakan efektif150 m/s
Jarak tembakan maksimum300 m/s
Sistem suapanKelopak peluru 20 hingga 30 butir

Raifal tempur Colt M4 ini merupakan senjata raifal terkini buatan Amerika Syarikat. Secara asasnya, senjata versi karbin yang merupakan peningkatan daripada senjata raifal gempur Colt M16 dan CAR-15 dicipta di bawah agensi persenjataan yang sama, Colt Firearms dan Armalite.

Senjata ini paling ringan dan berukuran sederhana sepertimana versi yang ada pada raifal Colt M16A2, mempunyai 80% kelengkapan dengan M16A2. Karbin M4 ini mempunyai versi mod tembakan dwi pilihan, seperti separa automatik (semi) dan tembakan 3 semburan (burst), sebaliknya M4A1 mempunyai sistem tembakan semburan sepenuhnya (auto) yang diletakkan dibawah mod yang sama; Burst. Tidak sama dengan laras M16, laras M4 mempunyai ketebalan maksima bagi mengurangkan kepanasan semasa menjalankan tembakan semburan dalam jangkamasa yang lama.