Kapibara

Kapibara
Berisiko rendah
Pengelasan saintifik
Alam:
Haiwan
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Hystricomorpha
Keluarga:
Caviidae
Subkeluarga:
Hydrochoerinae
Genus:
Hydrochoerus
Spesies:
H. hydrochaeris
Nama binomial
Hydrochoerus hydrochaeris
Daerah penyebaran Masbro

Kapibara ialah haiwan jenis rodensia semiakuatik bertaburan di benua Amerika Selatan; ia merupakan spesies terbesar mamalia sebegini. Ia adakala dipanggil babi air dalam bahasa basahan meskipun tidak sekeluarga babi, sebaliknya dari genus Hydrochoerus serumpun dengan tikus belanda.

Haiwan ini dinamakan menyerap dari bahasa Portugis Brazil kata capivara yang meminjam kata bahasa Tupi ka'apiûara menggabungkan kaá "daun" + píi "tirus" (maka caá pi'i "rumput") + ú "makan" + ara (imbuhan pelaku) lalu memberi maksud "pemakan rumput".