Kaper

Capparis spinosa
Caper
Ilustrasi oleh Otto Wilhelm Thomé
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Capparis
Spesies:
C. spinosa
Nama binomial
Capparis spinosa
Linnaeus, 1753

Capparis spinosa atau kaper (Belanda: kapper, Itali: cappero, Sepanyol: alcaparra) ialah tanaman saka berdaun bulat dan berisi serta bunga besar putih kejambuan; putik bunga dan buah ini terutamanya boleh dimakan jeruk, namun bahagian tanaman lain pohon ini juga digunakan dalam pembuatan ubat dan kosmetik.

Tumbuhan ini bertaburan asal dari kawasan laut Mediterranean (ia wujud di hampir kesemua negara rantau), Afrika Timur, Madagascar, Asia Tengah dan barat daya, Pergunungan Himalaya, Kepulauan Pasifik, Indomalaya, dan Australia. Namun, ia ada dikatakan berasal dari kawasan tropika lalu dibiasakan pembiakannya di lembangan rantau Mediterranean.