Kapal selam kelas Los Angeles
USS Key West di luar pantai Honolulu, Hawaii dengan tiang dan antenanya dinaikkan pada kedalaman periskop.
| |
| Gambaran keseluruhan kelas | |
|---|---|
| Pengguna: | Amerika Syarikat |
| Sebelumnya: | Kelas Sturgeon |
| Selepasnya: | Kelas Seawolf Kelas Virginia |
| Jumlah disiapkan: | 62 |
| Jumlah aktif: | 45 |
| Dibersarakan: | 17 |
| Ciri-ciri umum | |
| Sesaran: |
Dipermukaan: 6,082 tan Menyelam: 6,927 tan |
| Panjang: | 362 ka (110 m) |
| Lunas: | 33 ka (10 m) |
| Jana kuasa: | 1x reaktor nuklear GE PWR S6G, 2x turbin 35,000 hp (26 MW), 1 motor bantuan 325 hp (242 kW), 1 aci |
| Halaju: |
|
| Jarak: | Bahan api perlu ditukar selepas 30 tahun |
| Ketahanan: | 90 hari |
| Anak kapal: | 129 |
Kapal selam Kelas Los Angeles, kadang kala dipanggil Kelas-LA atau Kelas-688, adalah satu kelas kapal selam serangan pantas berkuasa nuklear (SSN) yang menjadi tulang belakang bagi armada kapal selam Amerika Syarikat. Sejumlah 46 buah kapal selam telah dibina, di mana ia menjadi kelas kapal selam yang paling banyak dibina berbanding dengan mana-mana kelas kapal selam berkuasa nuklear lain di dunia. Kapal selam di dalam kelas ini telah dinamakan bersempena dengan nama bandar-bandar di Amerika Syarikat, yang mana memecahkan tradisi panjang Tentera Laut Amerika Syarikat yang biasanya menamakan kapal-kapal selam mereka dengan menggunakan nama-nama makhluk laut.
23 buah kapal selam terakhir, dirujuk sebagai "688i", adalah lebih senyap berbanding siri-siri terdahulu dan menggabungkan sistem tempur yang lebih maju. Kapal selam 688i ini juga direkabentuk untuk beroperasi di bawah ais.