Kapal pengangkut helikopter kelas Moskva

Leningrad belayar pada tahun 1990.
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Moskva
Pengguna:
Diganti oleh: Merkuryy Delfin kelas Khalzan Project 11780 kelas Kiev
Dibina: 1962–1969
Dalam perkhidmatan: 1967–1996
Dirancang: 3-12
Disiapkan: 2
Dibatalkan: 1
Dibersarakan: 2
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal pengangkut helikopter
Sesaran:
  • 11,920 tan standard
  • 15,280 tan muatan penuh
Panjang: 189 m (620 ka)
Lunas: 34 m (112 ka)
Draught: 7.7 m (25 ka)
Jana kuasa: 2 × turbin stim 45000 hp TV-12, 2 × bebaling pitch tetap, 2 × penjana jenis turbin 1500 kW TD-1500, 2 × penjana diesel 1500 kW
Halaju: 28.5 knot (53 km/j)
Jarak: 9,000 batu nautika (16,668 km) at 15 knot (28 km/j)
Ketahanan: 15 hari
Anak kapal: 850
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar permukaan / udara MR-600 'Voskhod'/MR-310 'Angara-A'
  • Radar navigasi 'Don'
  • Sistem radar ESM 'Gurzuf'/'Gurzuf-1'
  • Sistem radar ESM MRP-11-16 'Zaliv'
  • 'Kremniy-2M' IFF
  • Pencari arah radio ARP-50
  • Sonar MG-342 'Orion' atau MG-325 'Vega'
  • Sistem komunikasi bawah air MG-26 'Khosta'
  • Sistem kawalan komunikasi tempur MVU-201 'Koren-1123'
Persenjataan:
  • 2 × pelancar peluru berpandu permukaan ke udara berkembar SA-N-3 'Goblet'
  • 2 × meriam berkembar 57 mm (2.2 in)/80
  • 1 × pelancar SUW-N-1 untuk peluru berpandu anti kapal selam FRAS-1
  • 2 × roket RBU-6000 ASW
  • 10 × 553 mm (22 in) tiub torpedo (2 × 5)
  • 2 × pelancar roket ZIF-121 (pengumpan PK-2)
Pesawat yang dibawa: 18 × helikopter Kamov Ka-25 'Hormone' atau Mi-8
Kemudahan penerbangan: Dek berhangar

Kelas Moskva, designasi Soviet Project 1123 Kondor (condor) dan S-703 Project 1123M Kiev, merupakan kelas kapal pengangkut pesawat (kapal pengangkut helikopter mengikut penggelasan Soviet) yang dibina oleh Soviet Union untuk Tentera Laut Soviet.

Kapal-kapal dalam kelas ini telah dibaringkan di Nikolayev South (Shipyard No.444). Kapal pertama telah dilancarkan pada tahun 1965 dan dinamakan Moskva (Rusia: Москва, lit.'Moscow'; ia memasuki perkhidmatan dua tahun kemudian. Moskva diikuti oleh Leningrad (Rusia: Ленинград, lit.'Leningrad', yang mana telah ditauliahkan pada akhir tahun 1968; tiada lagi kapal dibina selepasnya, ekoran laporan mengatakan prestasi buruknya di laut terbuka. Kedua-dua kapal ini dijanakuasa oleh janakuasa konvensional.

Moskva bukan sebuah "kapal pengangkut pesawat" tulen kerana ia tidak membawa sebarang pesawat kepak kaku; keseluruhan sayap udaranya terdiri daripada helikopter. Ia direka bertujuan untuk bertindak sebagai kapal dalam peperangan anti kapal selam (ASW), dan persenjataan dan sut penderianya dioptimakan untuk menghadapi ancaman kapal selam nuklear. Peranan strategiknya adalah untuk mempertahankan bastion kapal selam peluru berpandu balistik Soviet terhadap serangan kapal selam penyerang Barat.